Ipoh: Ketika dilahirkan lima tahun lalu, beratnya hanya 530 gram dengan saiz sama besar seperti botol susu sehingga membolehkan dia mencatat rekod sebagai bayi paling kecil pernah dilahirkan di negara ini dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
Voasha J Kumar yang dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9 Oktober 2009 itu kini seberat 12.5 kilogram (kg).
Ibunya, Jashila Preya, 35, berkata, dia mengharungi saat sukar ketika melahirkan Voasha dan hampir putus asa apabila melihat kesengsaraan anaknya yang bertarung nyawa dan berada dalam keadaan kritikal selepas dilahirkan.
"Ketika itu, doktor memberitahu bayi yang bakal saya lahir tidak matang dan peratusan hidup sangat rendah dan mungkin tidak dapat diselamatkan.
"Saya diberi pilihan sama ada untuk meneruskan proses bersalin dan berhadapan dengan risiko tinggi atau tidak meneruskannya tetapi saya pilih untuk selamatkan zuriat ini," katanya selepas majlis penyerahan sijil pengiktirafan MBOR di sebuah hotel di sini.
0 Komentar untuk "Lahir saiz botol susu"