Powered by Blogger.

Ular ceroboh rumah penduduk

Kuala Lumpur: Hujan lebat sejak kebelakangan ini dipercayai menjadi punca semakin banyak kes ular bersaiz besar menceroboh masuk rumah penduduk sekitar ibu kota.
Difahamkan pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) semakin kerap menerima laporan kecemasan berhubung kemunculan ular tedung selar atau ular sawa sepanjang hingga lima meter.
Dalam kejadian terbaru jam 11 malam kelmarin, pihak JPAM menerima laporan kehadiran ular sawa seberat hampir 110 kilogram yang menceroboh masuk rumah seorang penduduk di Taman Saga, Cheras.
Penghuni rumah itu menghubungi JPAM meminta bantuan bagi menangkap reptilia itu selepas mendapati saiznya cukup besar.
Ketua Operasi Muhammad Razif Rusli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 11.16 malam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

ANGGOTA JPAM menangkap ular tedung selar di Taman Samudera, Gombak.
0 Komentar untuk "Ular ceroboh rumah penduduk"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info