Powered by Blogger.

Padah sorok senapang

Alor Setar: Tindakan dua penagih dadah yang masing-masing menyimpan selaras senapang buatan sendiri mengundang padah apabila mereka ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar negeri ini, kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 10 pagi, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, menahan seorang pesawah di rumahnya di Kampung Permatang Ibus, Mukim Kangkong, di sini, selepas mendapat maklumat berhubung kegiatan penagihan dadah.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut yang dijalankan di rumah lelaki berusia 45 tahun itu kemudian berjaya menemui selaras senapang angin buatan sendiri bersama 25 biji bebola besi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu berkata, berdasarkan siasatan awal suspek mengaku membuat sendiri senapang angin itu menggunakan batang paip untuk menembak tupai di kawasan rumahnya sejak dua tahun lalu.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada senjata itu pernah digunakan dalam kegiatan jenayah. Semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

SENAPANG buatan sendiri yang dirampas.
0 Komentar untuk "Padah sorok senapang"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info