Powered by Blogger.

6 penyamun tumpas selepas 3 jam

Sepang: Polis menahan enam penjenayah dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas menyamun pemandu treler dan melarikan kenderaan berkenaan di Jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Banting, dekat sini pada 16 Oktober lalu.
Penahanan enam penjenayah berusia 20 hingga 46 tahun itu, sekali gus menumpaskan kumpulan samun dan curi treler yang mengandungi barangan berharga sekitar Selangor.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Mohd Yusoff Awang berkata, dalam kejadian jam 3 pagi itu, pemandu lori yang membawa muatan logam besi bernilai RM150,000 dikatakan berhenti di tepi jalan berikutan hujan lebat.
Menurutnya, mangsa yang dalam perjalanan dari Banting ke Melaka kemudian didatangi dua lelaki tempatan bersenjatakan parang dan menariknya keluar dari treler.
"Tangan mangsa diikat manakala mulutnya ditutup menggunakan pita pelekat dan mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit berhampiran sebelum ditinggalkan di situ.
Mohd Yusoff (kiri) melihat dua relung logam besi yang disamun enam suspek dalam satu serbuan di sebuah bengkel di Rawang, semalam.

Related Post

  • Tetakan dendam! Kuala Lumpur: Dua penjenayah menceroboh masuk ke sebuah rumah pada jam 3.15 pagi semalam dan terus menetak penghuni rum…
  • Berjemur tanpa coli Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing selamba berjemur separuh bogel di Pantai Saujana, Batu 4, di sini…
  • Perkosa 100 mayat Cincinnati (Amerika Syarikat): Seorang pekerja rumah mayat mengaku dia mungkin melakukan hubungan seks dengan lebih 100…
  • Anak siapa di Persiaran Gurney Georgetown: Seorang kanak-kanak lelaki berusia antara setahun dan dua tahun ditemui berkeliaran seorang diri di tepi ja…
  • Tragedi pelamin berdarah Kota Bharu: “Arwah akan menyambut dua menantu selepas Aidilfitri ini dan salah seorang menantu itu adalah bakal suami a…
0 Komentar untuk "6 penyamun tumpas selepas 3 jam"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info