Arsenal mengenakan bayaran 10 kali ganda lebih tinggi untuk tiket semusim paling murah berbanding Barcelona dan Bayern Munich, menurut satu kajian dibuat bagi menggambarkan Liga Perdana Inggeris yang menjadi semakin mahal.
Satu kajian tahunan bola sepak dibuat menunjukkan peminat Arsenal terpaksa membayar harga tiga kali lebih tinggi berbanding peminat pasukan lain dalam Liga Perdana seperti juara bertahan, Manchester City, masih kekal sebagai kelab paling murah disaksikan untuk tiket semusim dalam Liga Perdana, membabitkan harga tiket termasuk tujuh piala kejuaraan.
Kajian mendapati Arsenal adalah kelab termahal di Eropah untuk disaksikan menerusi tiket musim (biarpun tiket musim mereka membabitkan tujuh piala kejuaraan), dengan harga bernilai antara £1,014 (RM5,334) hingga £2,013 (RM10,590). Tiket termurah musim paling rendah Arsenal berharga lebih mahal berbanding setiap pasukan beraksi dalam Liga Perdana selain Chelsea £,250 (RM6,573) dan Tottenham Hotspur £895 (RM9,964).
Peminat Barcelona boleh mendapatkan tiket satu musim dengan harga serendah £103.38 (RM545) dengan Bayern tidak jauh di belakang pada harga £109.65 (RM578). Harga itu lebih mudah berbanding mana-mana 92 kelab profesional England, deÂngan harga bermula serendah £150 (RM789) iaitu Charlton Athletic. Harga tiket terendah semusim City adalah £299 (RM1,572).
Sejak kajian diterbitkan tiga bulan selepas penyokong menunjuk perasaan membantah kenaikan mendadak menyaksikan perlawanan bola sepak di England untuk tahun kedua berturut-turut pada musim panas, ia turut menunjukkan harga tiket meningkat dua kali ganda berbanding nilai inflasi bermula pada 2011, dengan peminat kelab Liga Perdana sekarang membayar harga empat kali lebih tinggi jumlah tiket untuk semusim berbanding penyokong di Jerman.
Kajian mendapati harga purata berbanding harga tiket paling murah hari perlawanan semua empat diviÂsyen pada harga £21.49 juta (RM112 juta), meningkat 13 peratus sejak 2011, berbanding 6.8 peratus peningkatan kos kehidupan.
Berbanding 12 bulan lalu, tiket hari perlawanan meningkat sebanyak 4.4 peratus, daripada £20.58 (RM108) kepada £21.49 (RM113).
Secara purata, tiket semusim Liga Perdana berada pada harga £508 (RM2,700), berbanding £138 (RM728) dalam Bundesliga.
Tiket termurah hari perlawanan Liga Perdana meningkat 15.8 peratus, 31.7 peratus dalam League One dan 19 peratus dalam League Two.
Hanya piala Kejuaraan menurun 3.2 peratus. Bagaimanapun, harga tiket termahal hari perlawanan Arsenal menurun daripada £126 (RM664) tahun lalu kepada £97 (RM511).
Chelsea mencatat harga tiket hari perlawanan tertinggi dalam Liga Perdana dengan harga menyaksikan perlawanan di Stamford Bridge bermula £50 (RM263).
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 5:00 AM
0 Komentar untuk "Tak masuk akal"