Powered by Blogger.

Pengsan terjun lubang selamat anak

Bukit Mertajam: “Saya terjun dan sempat mengangkat kedua-dua anak yang ketika itu terapung dalam lubang dipenuhi air sebelum rebah tidak sedarkan diri,” kata Anisatunnajah Mohd Esa, 32, ibu dua beradik yang maut selepas lemas dalam lubang digali untuk pembinaan rumah di Kampung Pelet, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, dua beradik berkenaan, Muhammad Shazriel Naufal Rahizal, 4, dan adiknya, Nur Shazreen, 2, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM), di sini. Kejadian menyayatkan hati itu berlaku hanya 50 meter dari rumah mereka dan dua beradik terbabit keluar selepas hujan lebat untuk bermain di kawasan berkenaan. 
Ketika itu Muhammad Shazriel Naufal membawa payung manakala adiknya pula mengekorinya. 
Foto
LUBANG tempat dua beradik terbabit yang lemas di Kampung Pelet, Bukit Mertajam.
Lubang terbabit digali untuk pembinaan rumah bapa saudara mereka di kawasan berkenaan yang menjadi tempat dua beradik itu bermain setiap hari. 
Bagaimanapun, mereka kemungkinan tergelincir dalam lubang sedalam dua meter itu sebelum kelibat dua beradik berkenaan dilihat abang mereka yang berusia tujuh tahun dan terus memaklumkan kepada ibu bapanya. 
0 Komentar untuk "Pengsan terjun lubang selamat anak"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info