Bekas pertahanan Reds, Jamie Carragher menyifatkan pembelian Mario Balotelli sebagai satu pembelian 'panik' dan menjangkakan pemain itu akan dijual musim depan manakala Jamie Redknapp tidak tahu mengapa Balotelli dibeli.
Bekas wira Liverpool itu termasuk Graeme Souness melancarkan kecaman terhadap Balotelli yang hingga kini masih bergelut mempamerkan aksi terbaik dan menyamakan pembeliannya sebagai 'terdesak' yang mungkin akan dijual awal tahun depan.
Balotelli mengalami kesukaran memulakan musim di Anfield sejak menyertai kelab itu dari AC Milan dengan nilai £16 juta (RM83.9 juta) musim panas lalu dan berada dalam bahaya kerana aksi buruk dipamerkan ketika menentang Queens Park Rangers, Ahad lalu.
Pemain Itali itu dikeluarkan pada babak pertama selepas tewas 0-3 kepada Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara dan menimbulkan kemarahan pengurus Brendan Rodgers kerana menukar jersi dengan Pepe pada babak pertama.
Carragher yang bekerjasama dengan seorang lagi pengulas untuk Sky Sports berkata, Balotelli tidak harus membangkitkan kemarahan dengan menukar jersi kerana dia juga mungkin dijual selepas hanya semusim berada di Merseyside.
"Mungkin ia terlalu awal namun saya tidak boleh menukar persepsi saya terhadap Balotelli tetapi tiada kaitan dengan jersi Liverpool dan apa yang dilakukannya di Manchester City serta AC Milan," katanya.
"Adakah dia akan berada di sini untuk satu tempoh yang lama? Tidak. Secara jujur, saya akan terkejut jika melihat dia masih kekal musim depan.
"Rafa Benitez beberapa tahun lalu membeli Robbie Keane dan menjualnya pada Januari dan pemain itu hanya berada di Anfield untuk tiga atau empat bulan. Situasi Balotelli mungkin tidaklah begitu pantas seperti Keane tapi saya tidak terkejut jika dia tidak lagi berada di sini musim depan."
Bekas rakan pasukan Carragher, Redknapp menyokong apa yang diperkatakan dan menegaskan bekas pemain Manchester City itu tidak dapat menandingi rekod Keane.
"Agak keterlaluan untuk membandingkan Robbie dan Balo kerana sekurang-kurangnya Robbie melakukan sesuatu dan cuba bekerja keras."
Redknapp juga berkata dia tidak dapat menjelaskan mengapa pengurus Reds Rodgers mengikat Balotelli sebagai pilihan utama.
"Apa yang ingin saya sampaikan adalah saya tidak menyalahkan kehadiran Balotelli tetapi menyalahkan Rodgers kerana membawa dia ke sini.
"Bagaimana dia boleh terfikir untuk mengendalikan pemain yang tidak diinginkan Mourinho, Mancini dan Prandelli. Itulah alasannya seperti apabila anda ke pasar raya dan barang itu dijual pada separuh harga.
"Saya tidak tahu mengapa mereka ingin mendapatkannya kerana mereka seharusnya membiarkan dia bersendirian."
"Biarpun Rodgers berkata akan kekal dengan Rickie Lambert, Borini dan Sturridge tapi hakikatnya apa yang sudah dilakukan pengurus itu sesuatu yang tidak masuk akal."
Carragher berkata: "Ia adalah keadaan panik. Siapa tahu apa yang diinginkan Rodgers dan barisan pegawainya kerana semuanya sudah terlewat.
"Mereka membeli Balotelli pada saat akhir dan sudah jelas ia satu pembelian cemas.
"Anda fikir anda akan mendapat sesuatu selepas menghabiskan £16 juta (RM83.9 juta) tapi saya bersetuju dengan Jamie, jika pemain itu kekal mungkin hanya dengan satu alasan."
Souness yang merangkul lima gelaran liga dan tiga Piala Eropah ketika bergelar pemain Liverpool sebelum menang Piala FA sebagai pengurus turut berang dengan aksi Balotelli.
"Dia tidak layak menyarung jersi The Reds.
"Saya boleh terima kelakuan anih `menggigit' Luis Surez pemain lawan biarpun tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan.
"Malah saya dan jutaan peminat Liverpool seluruh dunia simpati atas nasibnya digantung permainan ketika Piala Dunia Brazil sedang berjalan.
"Suarez lain. Dia komited dalam padang dan aksinya memburu dan menyumbat gol sememangnya menakjubkan.
"Anfield terasa kehilangannya hingga sekarang tetapi tidak Balotelli," jelas Souness.
Menurut bekas bintang itu lagi, beliau tidak menyimpan rasa negatif terhadap peribadi pemain Itali itu tetapi komennya hanyalah mengenai bola sepak dan sikap profesional.
"Dia adalah pemain profesional dan anggota skuad kebangsaan Itali.
"Namun sikapnya dalam padang tidak menampakkan ciri-ciri itu.
"Saya mahu dia berjaya seperti Suarez tetapi jika masih gagal memburu gol dan membawa sikap negatif dalam padang, eloklah dia tinggalkan pasukan."Anfield tidak perlukan seorang primadona atau penumpang dalam skuad Liverpool," katanya.
0 Komentar untuk "Buang saja Balotelli"