Powered by Blogger.

Takbir minta tolong

Port Dickson: Seorang lelaki maut manakala lima sekeluarga cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 32.7 Jalan Tanjung Agas berhampiran Masjid Kariah Kampung Tanjung Agas, dekat sini, semalam.
Kemalangan jam 7.15 pagi itu membabitkan kereta Suzuki Swift dipandu mangsa, Azman Daud, 26, dengan kereta Kia Spectra dinaiki seorang lelaki bersama anak, menantu dan dua cucunya.
Menurut sumber, Azman memandu bersendirian dari Port Dickson ke Kuala Linggi dan sejurus tiba di tempat kejadian keretanya terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Kia Spectra dinaiki lima sekeluarga itu.Katanya, perlanggaran kuat itu menyebabkan kereta dipandu Azman terbabas ke bahu jalan dan melanggar lori tangki diparkir di situ.
“Akibatnya, Azman tersepit di tempat duduk dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang mengambil masa hampir 10 minit untuk mengeluarkannya.
“Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan akibat parah di kepala,” katanya.

PEGAWAI polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian, semalam.
0 Komentar untuk "Takbir minta tolong"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info