Powered by Blogger.

Ajal tiga bersaudara

Belaga: Tiga lelaki dipercayai bersaudara maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah Proton Saga bertembung pacuan empat roda dalam kemalangan berdekatan simpang Uma Belor, Sungai Asap, di sini, tengah hari tadi.
Kemalangan berlaku pada jam 12.30 tengah hari, mengorbankan Wallace Musa, Roger Emang Albert manakala seorang seorang lagi dapat dikenal pasti identiti.Sumber berkata, kemalangan berlaku apabila Toyota Hilux dipandu seorang lelaki merempuh kereta dinaiki empat bersaudara yang keluar dari simpang. 

Katanya, rempuhan itu menyebabkan tiga daripada mereka maut di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Bintulu.
Foto

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Belaga Inspektor Miki Mohan Singh Ramdey ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kemalangan itu.

"Pada masa sama, kami berdepan masalah berikutan tiada liputan komunikasi berdekatan lokasi kemalangan," katanya.

0 Komentar untuk "Ajal tiga bersaudara"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info