Powered by Blogger.

Mati demi sekeping selfie

Mexico City: Mungkin kerana kemaruk untuk melakukan selfie, seorang lelaki maut apabila tertembak dirinya sendiri ketika mengambil gambar dengan selaras senapangnya.
Akhbar Mexico, Proceso melaporkan, Oscar Otero Aguilar, 21, sebelum itu dipercayai minum arak bersama dua rakannya.Saksi yang juga jiran mangsa, Manfredo Paez Paez berkata, dia menghubungi polis selepas mendengar tembakan dan jeritan.

“Saya mendengar bunyi tembakan dan orang menjerit kesakitan lalu menghubungi polis.
Foto
SATU daripada gambar diambil Aguilar untuk dimuat naik di Facebook.

“Ketika mereka sampai di situ, Aguilar masih hidup,” katanya.

Aguilar bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian dan mayatnya kini menunggu dibedah siasat, lapor akhbar Excelsior.

Menteri Keselamatan Awam berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Difahamkan, Aguilar mengambil selfie untuk dimuat naik ke Facebook.

Rakan Aguilar, Omar Abner Campor Vives ditahan bagi membantu siasatan manakala seorang lagi dikenali sebagai ‘El Paco’ menghilangkan diri.

Gambar dimuat naik ke Facebook Aguilar sebelum ini banyak menunjukkannya bersama minuman keras serta bergambar di dalam beberapa kereta mewah.

Related Post

  • Mayat mula busuk, reput Shah Alam: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam kekurangan oksigen berkemungkinan membawa kematia…
  • Isteri di luar, suami di tilam Nilai: Sepasang suami isteri warga Indonesia ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan o…
  • Bai Jing mati dibunuh suami BEIJING: Aktres China Bai Jing dibunuh suaminya ekoran satu pertengkaran yang berlaku Selasa lalu di kediaman mereka di…
  • 3 maut motor bertembung Betong: Tindakan tiga sahabat menaiki sebuah motosikal dengan melawan arus membawa padah apabila motosikal itu bertembu…
  • Masih hidup SEMPORNA: Anggota polis Marin, Konstabel Zakia Aliep, 26, yang diculik sekumpulan penceroboh di sebuah pusat peranginan…
0 Komentar untuk "Mati demi sekeping selfie"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info