Powered by Blogger.

Pil tambah dosa

Kuala Lumpur: Maut atau mandul. Itu risiko kepada wanita hamil luar nikah yang menggugurkan kandungan mereka bersendirian dengan menggunakan pil diperoleh daripada doktor tidak bertauliah yang berlambak di laman sosial.
Pakar sakit puan Dr Adilah Ahmat berkata, akibat terdesak selepas hamil tanpa berkahwin ramai wanita termasuk golongan remaja merujuk di Internet untuk menggugurkan kandungan mereka.Menurutnya, maklumat diperoleh mendapati kaedah paling popular ialah menggunakan pil Misoprostol yang sebenarnya dijual untuk merawat penyakit ulser gastrik dengan cara menelannya.

“Bagaimanapun, pil itu disalahgunakan untuk menggugurkan janin dengan cara ia disumbat di dalam kemaluan. Hanya dalam tempoh tiga jam si pemakan akan turun darah dan berlakulah keguguran.
Foto
JANIN yang digugurkan hasil daripada hubungan terlarang. Gambar kecil, pil Misoprostol berbentuk enam segi yang boleh menyebabkan keguguran.

“Bunyinya memang mudah, tapi hakikatnya tidak begitu kerana ia amat bahaya,” katanya yang juga Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan Kaedah Persenyawaan Tabung Uji (IVF) Hospital Pantai.

Related Post

  • Jerat makan tuan Kuala Terengganu: Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap gadis berusia 20 tahun yang mendakwa diculik ker…
  • Dua kecundang di Karak Gombak: Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di …
  • Belalai air cetus gempar Bintulu: Penduduk daerah ini gempar berikutan fenomena belalai air berlaku berhampiran pantai Kidurong, di sini, semala…
  • Warga emas ditahan bersama senapang Kuala Pilah: Polis menahan seorang warga emas berhubung kejadian seorang pemikat ayam hutan parah terkena tembakan pelu…
  • Tentera maut kemalangan Tawau: Anggota tentera maut selepas terjatuh motosikalnya sebelum dilanggar kenderaan pacuan empat roda di KM 5, Jalan …
0 Komentar untuk "Pil tambah dosa"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info