Powered by Blogger.

Sudah khayal, ganas pula

Chon Buri: Seorang wanita merempuh kereta dipandunya pada tiang sebuah jambatan di Pattaya sebelum menendang pegawai polis yang cuba menahannya.
Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Left Kwanchai Namkanitsorn berkata, dia melihat wanita awal 20-an itu keluar dari keretanya selepas kemalangan berlaku.
“Berdasarkan kepada keadaannya yang tidak berpakaian sempurna dan tanpa kasut, saya percaya dia mabuk,” katanya.Apabila cuba ditahan, wanita terbabit bertindak ganas dengan meronta serta menendang Kwanchai.
Polis itu juga dimaki, manakala wartawan yang mengambil gambarnya dicerca.

- Agensi
Foto
WANITA yang mabuk ditahan anggota polis selepas merempuh tiang jambatan di Pattaya.
0 Komentar untuk "Sudah khayal, ganas pula"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info