Powered by Blogger.

Tapak kaki wanita hadap ke belakang

Chongqing: Seorang wanita yang dilahirkan dengan tangan dan kaki yang luar biasa mengejutkan doktor mengenai perkembangannya.
Walaupun dilahirkan dengan tangan dan kaki menghadap ke belakang, Wang Fang, berjaya menjalani kehidupan normal.Doktor mulanya bimbang Wang tidak akan dapat berjalan dengan baik kerana keadaan kakinya itu.

Bagaimanapun, pelayan restoran yang kini berusia 30-an berkata, dia tidak melihat dirinya cacat.
Foto
WANG menunjukkan kakinya yang menghadap ke belakang.

“Saya boleh berlari lebih laju berbanding rakan saya dan mempunyai kerja tetap sebagai pelayan di restoran milik keluarga. Tiada alasan untuk menganggap saya cacat,” katanya.

Dia yang mempunyai anak dengan kaki yang normal berkata: “Saya boleh berjalan seperti orang lain. Saya sama seperti orang lain, kecuali terpaksa memakai kasut terbalik.

Wang bukan satu-satunya orang yang yang berjaya mengatasi kecacatan ganjil.

Sebelum ini, Claudio Vieira de Oliveira dari Brazil berjaya menjadi penceramah umum walaupun dilahirkan dengan kepalanya terbalik.

Related Post

  • Nikah 24 Oktober Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan pernikahannya dengan Cik Khaleeda Bust…
  • Jeriji sepit kepala Gombak: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hanya mampu menangis selepas tersepit di jeriji pintu rumahnya d…
  • Pejabat bank hangus Petaling Jaya: Kejadian litar pintas menyebabkan ruang pejabat sebuah bank di Kota Damansara di sini, terbakar lebih 80…
  • Kerja undang fitnah Kuala Lumpur: Penganjuran 'I want to touch a dog' (saya hendak sentuh anjing) di Central Park, One Utama, Selangor pagi…
  • Jerman tuduh pro-Russia Berlin: Agensi perisikan Jerman menuduh pemberontak pro-Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Mala…
0 Komentar untuk "Tapak kaki wanita hadap ke belakang"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info