Seoul: Tentera Korea Utara dan Korea Selatan semalam berbalas tembakan mesingan, tiga hari selepas kedua-dua negara bermusuhan itu bertempur di kawasan perairan yang menjadi rebutan.
Seorang pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, Korea Utara memulakan serangan dengan menyasarkan sasaran di Yeoncheon, sebuah bandar di sempadan sebelum tentera Korea Selatan bertindak membalas serangan itu.Bagaimanapun tidak ada kecederaan dilaporkan.
Serangan Korea Utara itu berpunca daripada tindakan aktivis Korea Selatan melepaskan belon berisi risalah mengecam rejim Pyongyang dari bandar itu ke wilayah di utara.
Korea Utara Khamis lalu memberi amaran, tindakan Seoul membenarkan aktivis negara terbabit melepaskan belon berkenaan akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara, beberapa hari selepas satu perwakilan peringkat tinggi Pyongyang melawat Seoul dan bersetuju untuk menyambung semula dialog.
Korea Utara sebelum ini pernah menyelar pengguguran risalah oleh aktivis Korea Selatan yang mengecam rejim Pyongyang sambil memberi amaran akan menyerang Korea Selatan.
Bagaimanapun, serangan itu tidak pernah dilakukan.
Bagaimanapun, serangan itu tidak pernah dilakukan.
“Ini kali pertama Korea Utara benar-benar bertindak terhadap risalah itu.
AKTIVIS Korea Selatan bersedia melepaskan belon berisi risalah anti-Korea Utara berhampiran sempadan keduadua negara, semalam.
“Ia sudah pasti memberi kesan negatif kepada hubungan kedua-dua negara selepas kunjungan perwakilan peringkat tinggi dari Pyongyang.
Ia akan memburukkan lagi hubungan Pyongyang-Seoul,” kata profesor di Universiti Pengajian Korea Utara di Seoul, Yang Moo-jin.
Selasa lalu, kapal tentera laut Korea Selatan melepaskan tembakan amaran terhadap sebuah bot peronda Korea Utara selepas ia melintasi sempadan perairan kedua-dua negara.
Bot Korea Utara itu membalas tembakan sebelum berundur.
0 Komentar untuk "2 Korea berbalas tembak"