Xiamen (China): Seorang wanita dipukul dengan bata selepas memotong barisan untuk masuk ke tandas.
Menurut saksi, mangsa berusia sekitar 50-an tahun itu enggan beratur di tandas berhampiran pasar Galangyu kerana tidak dapat menahan untuk membuang air. Ketika itu, seorang pelancong wanita yang berada dalam barisan tidak membenarkan mangsa memotongnya namun dia tidak mengendahkannya.
Kerana berang, pelancong itu terus menghubungi rakannya dengan telefon mengatakan dia mahu memukul mangsa.
WANITA yang cedera selepas kepalanya dihentakkan dengan bata, membuat panggilan telefon meminta bantuan.
Sebaik keluar dari tandas, orang ramai menggesa warga emas berkenaan segera beredar dari kawasan terbabit namun dia tidak berjaya melarikan diri.
Seorang saksi berkata, dia cuba menghalang perbuatan pelancong itu, namun terlambat apabila wanita itu menghentakkan kepala mangsa dengan bata.
Polis tiba di tempat kejadian dan mendapati suspek terlantar di lantai sambil mendakwa cedera dipukul dan meminta dihantar ke hospital dengan segera.
Jurucakap polis memberitahu, warga emas yang berusia 56 tahun itu bekerja di Gulangyu.
Polis juga menahan pelancong berkenaan dan akan mendakwanya atas tuduhan menyerang hingga menyebabkan kecederaan.
0 Komentar untuk "Padah ‘potong’ barisan"