Kuala Lumpur: “Hampir enam bulan saya mengalami lemah tenaga batin, malah kerap gagal ‘beraksi’. Selepas mendapatkan nasihat doktor pakar, saya setuju melakukan pembedahan mengeluarkan 10 bebola besi ditanam di dalam kemaluan dan cukup terkejut apabila mendapati semuanya berkarat,” kata Ramli, 44.
Sebelum itu, pada awal 2004, Ramli membeli 10 bebola besi daripada penjual replika seks di sekitar ibu kota pada harga RM50.Kerana tertarik dengan kisah kehebatan rakannya beraksi di ranjang selepas memakai bebola besi itu, Ramli nekad menoreh sendiri kulit permukaan kemaluan dengan pisau sebelum memasukkan bebola besi terbabit di bawah kulit berkenaan.
“Rakan mengatakan dia melakukan sendiri pembedahan terbabit dan walaupun sakit, saya nekad melakukannya sendirian di rumah di Sentul.
RAMLI serik menggunakan bebola besi ditanam dalam kemaluannya.
“Tiga hari kemaluan membengkak, namun saya tidak bertemu doktor sebaliknya hanya menahan kesakitan,” katanya.
Menurut Ramli, dia menanam bebola besi itu di sekeliling pangkal kemaluan dan apabila pulih daripada bengkak, dia mula mencari teman wanita atau mana-mana wanita yang sudi melakukan hubungan seks dengannya.
Ramli bangga kerana dapat memuaskan nafsu ramai wanita, namun mula berdepan masalah kesihatan lapan bulan kemudian.
0 Komentar untuk "‘Anu dah berkarat’"