Powered by Blogger.

Cikgu ditembak tengah jalan

Kulim: “Saya terkejut dengar bunyi letupan macam mercun,” kata Muhamad Sufian Hassan, 21, saksi kejadian seorang guru sebuah sekolah menengah maut akibat terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki ketika berhenti berdekatan lampu isyarat di simpang empat Jalan Keladi, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.25 tengah hari, mangsa K Shanmugam, 45, guru sekolah menengah di Berapit, Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish secara sendirian dalam perjalanan ke sekolahnya sebelum berhenti berdekatan lampu isyarat di jalan berkenaan. Difahamkan, dua lelaki bermotosikal lengkap memakai topi keledar berhenti di sebelah kenderaan mangsa sebelum mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak mangsa menembusi cermin kereta hingga terkena beberapa bahagian badan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mangsa yang baru keluar dari rumahnya di Taman Bidara, berhenti di simpang empat Jalan Keladi sebelum ditembak dua lelaki.
Foto
MANGSA tersembam di tempat duduk penumpang hadapan.

Katanya, polis percaya kejadian itu membabitkan dua lelaki menaiki motosikal Yamaha LC hitam yang melepaskan beberapa das tembakan selepas berhenti di sebelah kereta mangsa ketika lampu isyarat merah.

Related Post

  • Mati tertembak pistol pen Bintulu: Malang tidak berbau apabila seorang lelaki yang juga pemandu van sewa tiba-tiba rebah dan meninggal dunia sele…
  • Pengsan terjun lubang selamat anak Bukit Mertajam: “Saya terjun dan sempat mengangkat kedua-dua anak yang ketika itu terapung dalam lubang dipenuhi air se…
  • Lemas selepas dua kali menyelam-sabah Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang hilang ketika menangkap ikan ditemui lemas di loji air Tanjung Lipat, Likas, di sini…
  • Ajal dua beradik Bukit Mertajam: Dua beradik maut selepas terjatuh dalam lubang sedalam kira-kira dua meter berhampiran rumah mereka di …
  • 1 Kor Kor 1111 RM2.5 juta Bangkok: Seorang siswa universiti berasa bertuah kerana berjaya membida nombor plat kenderaan ‘hanya’ 25 juta baht (RM2…
0 Komentar untuk "Cikgu ditembak tengah jalan"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info