Powered by Blogger.

Khidmat ‘ayam’ Afrika kaki lima

Kuala Lumpur: Empat wanita penggoda warga Afrika dikesan tidak segan silu menjalankan kegiatan memujuk lelaki tempatan dengan menawarkan hubungan seks dengan bayaran RM200.
Kumpulan wanita Afrika dikesan berhijrah ke negara ini dan aktif melakukan kegiatan pelacuran kaki lima itu di sekitar di Jalan Changkat, di sini. Kegiatan maksiat itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi melakukan serbuan di lokasi ‘urus niaga’ seks itu jam 1 pagi semalam. 

Tangkapan dilakukan selepas polis mendapati empat pelacur jalanan itu cuba memujuk pelanggan dan melakukan tawar menawar dengan beberapa pelanggan lelaki tempatan.
Foto
ANTARA wanita seksi yang ditahan kerana cuba menjalankan urus niaga seks.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, polis berjaya memberkas empat wanita Afrika berusia 27 hingga 34 tahun itu.

Menurutnya, ada antara wanita itu cuba melarikan diri dengan hanya ‘berkaki ayam’ namun sempat dikejar dan diberkas polis. 

“Operasi Ops Cegah Jenayah itu yang berakhir jam 6 pagi semalam dilakukan serentak di seluruh daerah polis di Kuala Lumpur bertujuan membanteras dan memburu penjenayah. 

“Polis turut menyasarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen, penagih dadah dan penjenayah dikehendaki polis,” katanya. 

Related Post

  • Belalai air cetus gempar Bintulu: Penduduk daerah ini gempar berikutan fenomena belalai air berlaku berhampiran pantai Kidurong, di sini, semala…
  • Lelaki melecur 80 peratus temui ajal Melaka: Selepas dua hari bertarung nyawa, lelaki yang badannya melecur 80 peratus akibat terkena renjatan elektik di Ba…
  • Pengedar kantoi Ipoh: Seorang lelaki dicekup apabila polis menjumpai 30 biji dadah jenis Eramin 5, heroin, methamphetamine serta ketami…
  • Tentera maut kemalangan Tawau: Anggota tentera maut selepas terjatuh motosikalnya sebelum dilanggar kenderaan pacuan empat roda di KM 5, Jalan …
  • Warga emas ditahan bersama senapang Kuala Pilah: Polis menahan seorang warga emas berhubung kejadian seorang pemikat ayam hutan parah terkena tembakan pelu…
0 Komentar untuk "Khidmat ‘ayam’ Afrika kaki lima"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info