Powered by Blogger.

Ditikam bekas kekasih

San Pedro: Seorang wanita terselamat daripada maut walaupun cedera parah selepas kepalanya ditikam dengan pisau dapur.
Alcileide Rodrigues dos Santos, 22, juga mampu menceritakan serangan bekas teman lelakinya itu kepada polis.

Alcileide ditemui polis di San Pedro, Sao Paolo ketika sedang duduk dalam keadaan berlumuran darah dengan pisau masih terpacak pada keningnya.Di sebalik kecederaan ngeri itu, Alcileide masih boleh berkomunikasi dengan lancar dan menceritakan kejadian itu kepada polis.

“Semuanya berlaku dengan pantas. Kami bertengkar dan tiba-tiba dia menikam kepala saya,” katanya.

Sementara itu polis berkata, suspek ialah seorang remaja yang pernah menjalin hubungan dengan Alcileide.
Foto
PISAU dapur yang tertusuk di kepala Alcileide.
Jurucakap polis berkata, suspek dikenali sebagai Roberto Martins dos Anjos, 19.

Pakar perubatan pula berkata, Alcileide bernasib baik kerana tikaman itu tidak menembusi otaknya dan luka yang dialami disifatkan sebagai “tidak dalam”.

Related Post

  • Padah ‘potong’ barisan Xiamen (China): Seorang wanita dipukul dengan bata selepas memotong barisan untuk masuk ke tandas. Menurut saksi, mang…
  • Anak kerdil bongkar rahsia Valencia: Rahsia seorang wanita yang melakukan seks dengan seorang penari bogel kerdil sehari sebelum majlis perkahwina…
  • Cengkerik hidup dalam telinga Villupuram (India): Seorang pesakit yang mengadu mengalami gatal luar biasa terkejut apabila mendapati seekor cengkerik…
  • Brat Pitt tiduri isteri Tyson MIKE Tyson mendedahkan, dia menemui isterinya tidur bersama bintang terkenal Hollywood, Brad Pitt, dan bagaimana dia “b…
  • 2 Korea berbalas tembak Seoul: Tentera Korea Utara dan Korea Selatan semalam berbalas tembakan mesingan, tiga hari selepas kedua-dua negara ber…
0 Komentar untuk "Ditikam bekas kekasih"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info