Powered by Blogger.

Cinta bodoh

Alor Gajah: Bukan saja hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya berkecai, malah seorang kontraktor perumahan kerugian RM36,000 selepas diperdaya ‘bakal isteri’ yang menghilangkan diri selepas mengikis wangnya, tanpa sekali pun bersua muka.
Mangsa yang mahu dikenali Azlan Md Rani, 39, berkata, wanita berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya doktor pelatih dan mereka berkenalan melalui laman sembang sosial di Internet sejak enam bulan lalu.Menurutnya, pada awal perkenalan, wanita itu mendakwa baru menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan di Pulau Pinang Februari lalu, berstatus anak yatim piatu dan berdepan masalah kewangan.

“Dia menaburkan pelbagai janji termasuk bersedia menjadi isteri saya dan itu menyebabkan saya terpedaya serta simpati kepadanya, apatah lagi selepas dia memberitahu baru saja kematian ayah dan ibu,” katanya.
Foto
AZLAN menunjukkan sebahagian daripada 64 resit transaksi wang kepada wanita terbabit.

Azlan berkata, pada hari pertama perkenalan, wanita terbabit mengirim SMS menyatakan hasrat meminjam RM30 bagi menampung perbelanjaan di kampus dengan alasan kesempitan wang.

0 Komentar untuk "Cinta bodoh"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info