Powered by Blogger.

Ebola tiba di Eropah

Madrid: Seorang jururawat Sepanyol dijangkiti Ebola selepas merawat dua pesakit di sebuah hospital di Madrid dalam kes pertama penularannya di luar Afrika yang dilaporkan.
Wanita berusia 40 tahun itu mula rasa tidak sihat pada 30 September lalu tetapi hanya pergi ke hospital pada Ahad kerana mengalami demam panas. Hasil dua ujian mengesahkan dia dijangkiti virus yang setakat ini membunuh lebih 3,400 orang di barat Afrika. 

Pegawai perubatan Sepanyol kini berusaha menyiasat mereka yang mungkin terdedah kepada virus dibawanya dan setakat ini memantau 30 orang termasuk suami dan rakan sekerja untuk memastikan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti.
Foto
KONVOI membawa jururawat Sepanyol yang dijangkiti virus Ebola daripada seorang paderi berusia 69 tahun meninggalkan Hosptial Alcorcon di Madrid.

Wanita terbabit sebahagian daripada pasukan perubatan di Hospital La Paz-Carlos III di mana dua warga emas Sepanyol yang juga pendakwah maut ketika menerima rawatan untuk Ebola selepas pulang dari Afrika.

Pengarah kesihatan utama Madrid Antonio Alemany berkata, wanita terbabit pergi bercuti sehari selepas kedua-dua pesakit berkenaan meninggal dunia pada 25 September lalu. 
Jururawat yang sudah berkahwin namun tiada anak kini diasingkan daripada pesakit lain di Alcorcon yang terletak di pinggiran Madrid. 

Menurut Alemany, keadaannya stabil namun masih mengalami demam panas. 

Berita jangkitan itu menyebabkan ramai mempertikaikan keputusan kerajaan Sepanyol memanggil semula pendakwahnya di Afrika. 

Malah ada yang turut mempertikaikan sejauh mana hospital Sepanyol mampu menangani kes Ebola. 

Dua pesakit dalam jagaan jururawat terbabit adalah paderi, Miguel Pajares yang meninggal dunia pada 12 Ogos lalu dan Manuel Garcie, 69, yang maut pada 25 September lalu. 

Pajares adalah pesakit pertama yang dihantar pulang ke Eropah untuk mendapat rawatan.-
0 Komentar untuk "Ebola tiba di Eropah"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info