Powered by Blogger.

‘Bukan kerana selfie’

Ipoh: “Ketiga-tiga mereka masih trauma dan saya berharap semua pihak tidak memperbesarkan isu gambar ‘selfie’ yang diambil sebelum kemalangan berlaku kerana ia bukanlah punca sebenar kemalangan,” kata Mohamad Hafizan Rosli, 27, saudara kepada mangsa yang terbabit kemalangan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, di sini, Sabtu lalu.
Kemalangan itu menyebabkan dua beranak, Noor Hayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, yang duduk di bahagian belakang kereta maut di tempat kejadian sementara tiga lagi iaitu Siti Yusliana Roslan, 12; Muhammad Yusriman Roslan, 22, dan Muhammad Yusrizal Roslan, 25, mengalami cedera ringan. Menurut Mohamad Hafizan, meskipun Yusrizal dan Yusmiran nampak tenang, namun diakui emosi kedua-duanya belum stabil dan paling ketara adalah adik mereka iaitu Siti Yusliana yang sering menangis memanggil ibu serta kakaknya yang terkorban dalam kemalangan itu. 

“Mungkin sebab dia masih kecil jadi kehilangan itu dirasai, tapi mujurlah ada ahli keluarga lain yang sering memujuk dan memberi kata semangat.
Foto
YUSRIMAN ketika di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Yusrizal pula, banyak mendiamkan diri, namun ada ketikanya dia menangis bila ada saudara yang datang bertanyakan kemalangan itu, cuma Yusmiran nampak sedikit tenang,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Disoal mengenai beberapa gambar ‘selfie’ yang menjadi viral di Facebook selepas kejadian nahas itu, Mohamad Hafizan berkata, mereka sekeluarga sepakat tidak melayan komen negatif yang diberikan. 
0 Komentar untuk "‘Bukan kerana selfie’"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info