Powered by Blogger.

RANAU-Tiga remaja ditahan bantu siasatan kes bunuh, samun guru

Kota Kinabalu: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun di Kundasang Ranau, malam kelmarin, bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh seorang guru, Masina Samadi, 50, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, semua suspek berusia antara 17 dan 28 tahun itu ditahan antara jam 10.30 hingga 11.30 malam di kampung yang sama dengan mangsa.

“Hasil maklumat, anggota polis dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dibantu anggota dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menahan semua suspek.“Pemeriksaan terhadap suspek menemui beberapa barang milik mangsa yang dilaporkan hilang, termasuk buku akaun bank mangsa,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan ke institut kewangan di sekitar bandar raya, di sini, semalam. Menurutnya, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek warga tempatan dan tinggal di kampung yang sama dengan mangsa.

“Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk ujian sampel dan bahan bukti senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

“Hasil ujian air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis syabu,” katanya. Menurut Salehhudin, semua suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi, Jumaat lalu, Masinah, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.
0 Komentar untuk "RANAU-Tiga remaja ditahan bantu siasatan kes bunuh, samun guru"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info