Pasir Gudang: Remaja lelaki berusia 17 tahun maut bersama empat penumpang lain yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dalam kejadian di kilometer 33 Lebuhraya Pasir Gudang, kira-kira 1.30 petang ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, kereta yang dipandu ramaja itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan dan merempuh pokok."Pemandu dikenalpasti sebagai J Tamilharasan, 17. Namun, empat lagi mangsa iaitu tiga lelaki dan seorang wanita tidak dapat disahkan identiti kerana tiada dokumen pengenalan diri bersama mereka.
"Kemalangan terbabit menyebabkan kelima-lima mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit.
"Mangsa dikeluarkan dengan bantuan oleh Bomba dan Penyelamat dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini.
0 Komentar untuk "Lima maut tersepit"