Powered by Blogger.

Mayat mula busuk, reput

Shah Alam: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam kekurangan oksigen berkemungkinan membawa kematian pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah, dua tahun lalu.
Pakar Perunding Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nurliza Abdullah, 49, berkata, kekurangan oksigen adalah kecederaan kurang ketara yang tidak boleh dikecualikan sebagai punca kematian dalam kes itu selepas dia melakukan bedah siasat ke atas mayat dua beranak itu.“Saya tidak boleh mengecualikan kesan kecederaan yang kurang ketara atau kurang jelas seperti kesan lebam, kesan lecet atau abrasi superfisial, tanda asfiksia seperti kekurangan oksigen dan seumpamanya yang disebabkan perubahan warna dan corak yang berlaku akibat dari proses pembusukan serta pereputan...oleh sebab itu kematian tidak boleh ditentukan secara konklusif,” katanya.

Saksi pendakwaan ke-14 itu berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin dalam perbicaraan kes bunuh Zara Eleena, 23, dan Omar Peter, 56.
Foto
EMPAT tertuduh kes kematian dua beranak.

Beliau berkata, hasil bedah siasat terhadap mayat Zara Eleena pada keseluruhannya dalam keadaan membusuk dan mereput serta tidak menunjukkan kesan kecederaan ketara atau kesan tulang patah pada rangka mayat yang boleh menyebabkan kematian.

“Di bahagian muka terdapat kesan kehitaman di sebelah kiri manakala lidah dalam keadaan terjelir serta bola mata kemek.

“Tisu lembut pada bahagian ketiak mayat Zara Eleena yang dicubit haiwan jenis kecil seperti tikus dan seumpamanya selepas wanita itu meninggal dunia,” katanya.

Terdahulu, Dr Nurliza berkata, selepas seseorang itu meninggal dunia tidak kira punca kematian sama ada digantung, dicekik dan seumpamanya, lidah terjelir kerana berlakunya proses pembusukan atau pereputan.

Saksi Norazamah Zainal, 42, berkata, Zara Eleena pernah menjadi pelanggannya untuk menggantikan kad bank miliknya yang hilang.

“Saya mengingati Zara Eleena kerana namanya yang unik dan berasa dia adalah anak kacukan.

“Selain itu, Zara Eleena juga istimewa kerana berwajah cantik namun tempang membuatkan saya ingat padanya walaupun mempunyai beribu pelanggan lain,” katanya 

Kerani di CIMB Bank Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur itu berkata, Zara Eleena selalu datang ke bank menggantikan kad bank hilang.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Zul Shahril, 22; Mohamad Sharafe Matt Noh, 21; Azizi Aizat Ibrahim, 22, dan Muhamad Safwan Muhamad, 22, dituduh membunuh Zara Eleena di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, di antara jam 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Mereka juga dituduhmembunuh pesara syarikat kewangan Omar Peter di tempat dan hari yang sama.
0 Komentar untuk "Mayat mula busuk, reput"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info