Powered by Blogger.

Sampah untuk ubat

Malang: Pusat perubatan dikenali sebagai Klinik Insurans Sampah yang terletak di Jawa itu memang lain daripada yang lain.
Tidak seperti pusat perubatan biasa, klinik berkenaan menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma kepada seseorang yang datang membawa sampah untuk dikitar semula.

Dan ternyata kewujudan klinik berkenaan memberi kelegaan amat besar khususnya kepada golongan tidak berkemampuan.Mahmud, 60, misalnya sanggup mengangkut beg sampah berisi kotak kadbod, botol plastik dan sebagainya untuk mendapatkan rawatan percuma dari semasa ke semasa.

Kata Mahmud, sejak tahu sistem di klinik itu, dia sentiasa menyimpan sampah yang boleh dikitar semula berbanding sebelum ini. “Biasanya saya membuang sampah di tepi jalan,” katanya.

Menghidap penyakit artritis, Mahmud kini menjadi ahli Klinik Bumi Ayu yang diasaskan Gamal Albinsaid, 24, dan menawarkan rawatan serta khidmat nasihat kesihatan percuma kepada rakyat miskin setempat.
Foto
JURURAWAT Klinik Bumi Ayu mengumpul sampah dibawa pesakit miskin untuk dikitar semula di Malang.
Namun bukan satu itu saja klinik yang menawarkan khidmat berkenaan.

Di sekitar Malang ada lima pusat perubatan seumpama itu beroperasi setiap hari. Usaha kreatif Gamal itu kini menampung kekurangan semasa ekoran kekurangan pekerja kesihatan profesional ketika kerajaan melancarkan sistem penjagaan kesihatan sejagat di negara.
Selain menawarkan khidmat perubatan percuma, sistem diperkenal Gamal itu secara tidak langsung mengatasi masalah sampah yang meningkat di Malang.

Usaha Gamal diiktiraf Januari lalu apabila dia dianugerahi hadiah Usahawan Muda Mampan oleh Putera Charles di London.

Seiring dengan itu, klinik berkenaan menerima bantuan sebanyak 50,000 euro (RM225,000) sebagai penghargaan. Sebelum mendapatkan rawatan percuma di klinik itu, pesakit dikehendaki membawa sampah setiap Sabtu dan mengumpulnya sehingga mencapai nilai Rp10,000 (RM2.75) sebagai syarat kelayakan menjadi ahli.

Apabila menjadi ahli mereka berhak mendapat pemeriksaan percuma dua kali sebulan.

Related Post

  • Bukan puting beliung Bintulu: Fenomena belalai air yang berlaku di Pantai Kidurong, di sini, kira-kira 10.30 pagi, hari ini, menggemparkan p…
  • Ikan yu gergasi sangkut pukat Tawau: Penduduk Kampung Pukat Tanjung Batu, dekat sini, gempar dengan penemuan seekor ikan yu gergasi yang tersangkut p…
  • Ular ceroboh rumah penduduk Kuala Lumpur: Hujan lebat sejak kebelakangan ini dipercayai menjadi punca semakin banyak kes ular bersaiz besar mencero…
  • 'Hilang tenaga' Gua Musang: "Nasib baik saya sempat berpaut pada dahan kayu selepas dihanyutkan arus deras sejauh 30 meter," kata Anuar…
  • Bakar mayat dalam kereta Banting: Polis meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil bagi mengecam dan menuntut mayat seorang …
0 Komentar untuk "Sampah untuk ubat"

 
Copyright © 2014 BERITASENSASI - All Rights Reserved
Template By Catatan Info