Kota Bharu: “Saya tidak sangka dia yang dianggap seperti anak dan sanggup tikam disebabkan hal tak diketahui,” kata Che Soh Mamat, 65, yang patah tulang rusuk kiri dan cedera di bahagian dada akibat ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki berusia 41 tahun dalam kejadian di Kampung Wakaf Comel Paloh, Tanah Merah, di sini, Rabu lalu.
Kejadian berlaku jam 5.45 petang ketika warga emas terbabit bersama isteri sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum didatangi seorang lelaki yang juga jirannya. Katanya, lelaki itu datang ke rumah dalam keadaan baik apabila memberi salam dan mendakwa mahu membayar hutang.“Isteri cuba bertanya kepadanya hutang apa yang mahu dibayar sebelum dia meluru masuk mendapatkan saya dan terus mengeluarkan pahat.
“Dia secara tiba-tiba menikam saya tiga kali di bahagian dada, rusuk kiri dan kanan,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM), di sini, semalam.
CHE Soh menerima rawatan di HUSM.
Katanya, selepas melihat dia rebah dalam keadaan parah berlumuran darah, lelaki itu menghilangkan diri.
0 Komentar untuk "Tikam lepas beri salam"