Bidor: Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera termasuk lima kanak-kanak apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 367 Lebuhraya PLUS arah selatan, pagi tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, anggota bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bidor menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati wanita berkenaan yang juga penumpang MPV sudah meninggal dunia manakala enam lagi yang cedera sudah dihantar ke hospital berdekatan oleh orang awam. Menurutnya, pihaknya mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan itu sebelum menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Akibat kemalangan itu kenderaan yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan di bahagian depan," katanya.
KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa. FOTO ihsan Bomba
Tambahnya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Mohd Noor tamat jam 3.02 pagi.
0 Komentar untuk "Wanita maut, lima budak cedera"